Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd secara prinsipal melibatkan diri di dalam bidang pembinaan loji serta penyedutan najis tangki septik dan perkhidmatan pungutan dan pembuangan sampah, pembersihan kawasan, pembinaan awam, penyelenggaraan &.
Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mula melibatkan diri dalam bidang kerja-kerja kontrak perladangan dan pengangkutan am.
Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd kemudiannya telah menceburkan diri dalam kerja-kerja kontrak pungutan dan pembuangan sampah apabila mendapat kontrak dari Majlis Perbandaran Melaka Bandaraya Bersejarah (MPMBB) pada tahun 1988. Kontrak tersebut melibatkan 18,000 buah premis kediaman dan 80 buah kilang di sekitar bandar Melaka. Bermula 1hb Januari 1999 kontrak ini dilaksanakan secara tahun ke tahun di bawah Southern Waste Management Sdn Bhd. Pada Mei, 2002 Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mula meluaskan operasinya apabila mendapat kontrak pungutan sampah di Zon 2 Muar Johor di bawah Majlis Perbandaran Muar. Bermula pada 1 July, 2003 kontrak tersebut telah diswastakan kepada pihak Southern Waste Management Sdn Bhd.
Selain dari kerja-kerja kontrak sektor awam, Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd juga menjalankan kerja-kerja yang serupa disektor swasta seperti menyedut sisa lebihan proses Loji Penapisan Gas Petronas di Tangga Batu Melaka, Kemaman Terengganu dan Kuantan Pahang. Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd turut menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan loji di sepanjang Highway Utara Selatan (Bahagian Selatan) dengan pihak Propel.
Pada tahun 1996, kesemua operasi di atas telah diselaraskan secara berperingkat kepada Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd bagi tujuan mengembang dan mempelbagaikan lagi jenis-jenis perniagaan dan perkhidmatannya.
Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd telah melangkah setapak lagi di dalam bidang mereka bentuk sistem, membina , menyiapkan termasuk membekal, memasang dan mentauliah guna alat-alat dan jentera yang berkaitan untuk loji kumbahan najis disamping kerja-kerja penyedutan najis tangki septik.