Hello our valued visitor, We present you the best web solutions and high quality graphic designs with a lot of features. just login to your account and enjoy ...

HJ MAT HJ JANTAN SDN BHD (237244-D) adalah sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Akta pendaftaran Perniagaan 1965 yang mula beroperasi pada tahun 28 Mac 1992. Syarikat milik Bumiputera sepenuhnya dan berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) gred G6.

Penubuhan syarikat ini bertujuan memberi perkhidmatan kerja-kerja kejuruteraan pembinaan bangunan, loji rawatan kumbahan berkapasiti tinggi dan pengusahaan atau penyediaan perkhidmatan pemungutan bagi sisa pepejal isi rumah, sisa pepejal awam, sisa pepejal keinstitusian awam dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah dan pengurusan pembersihan awam.

Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mempunyai kepakaran pengurusan yang terdiri dari pengarah, ahli pengurusan dan ahli teknikal yang berpengalaman dalam sektor pembinaan bangunan, loji rawatan kumbahan berkapasiti tinggi dan kerja-kerja sivil.

Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd mempunyai Visi dan Misi untuk menjadi sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan terbaik setanding dengan syarikat luar dan merancang dan berusaha menjadi sebuah perniagaan yang maju dan dikenali.

Perkhidmatan Utama

Menjalankan operasi kutipan sisa pepejal berjadual di dalam kawasan-kawasan taman perumahan dan di kawasan-kawasan rumah kedai
Menjalankan operasi kutipan sisa terdiri daripada perabot lama, batang pokok, dahan, tunggul dan peralatan yang tidak digunakan lagi
Menjalankan kerja-kerja sedutan najis tangki septik perumahan, permis-premis perniagaan, dan loji rawatan kumbahan persendirian mahupun awam
Kemudahan untuk merawat air kumbahan yang dilepaskan oleh premis-premis sebelum disalirkan keluar ke dalam saluran air seperti sungai, parit dan laut
kerja penyelenggaraan menyeluruh bagi loji rawatan pembentungan di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, Lebuh Elit, dan Lebuhraya Linkedua
Membaiki tangki septik/ Paip tersumbat menggunakan Lori Water Jetter

Misi dan Visi

  • Misi Kami

    Memberikan perkhidmatan dan produk yang terbaik

    Menyediakan perkhidmatan pembinaan dan pengurusan projek yang efektif dan inovatif.

    Memberikan hasil perkhidmatan yag konsisten.

    Mengutamakan pemeliharaan alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.

  • Visi Kami

    Beriltizam untuk menjadi syarikat kontraktor yang dikenali di Malaysia dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.

Perkhidmatan Kutipan dan Pembuangan Sampah

1     <

Penyelenggaraan Lanskap dan Seni Taman

3     <

Merekabentuk / Mentauliah dan Pemasangan Sistem Logi Kumbahan najis

5     <

Pembersihan Pejabat dan Kawasan

7     <

Perkhidmatan Peswastaan Tempat Letak Kereta di Pasar Borong MBMB

9     <

Membekal & Memasang Paip, Pengalihan Tapping & Tee

11    <
Bidang
Kerja

Penyelenggaraan Sistem Pembentongan Najis

>     2

Perkhidmatan Penyedutan Najis - Tangki Septik

>     4

Membaikpulih Rumah Pam

>     6

Perkhidmatan membina Masjid dan bangunan kedai

>     8

Penyelenggaraan rutin bagi Primary Road dan Secondary Road

>    10

Penyelenggaraan rutin bagi repair existing pavement

>    12

Keberkesanan Pengurusan

Bagi menentukan keberkesanan pengurusan Hj Mat Hj Jantan Sdn Bhd, telah membeli sebuah rumah kedai bagi menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan pengurusannya dan tanah seluas 3a.3r.11p bagi menempatkan bengkel membaikpulih kenderaan dan tempat untuk meletakkan lori.

  • Pelupusan Sampah
  • Sedutan Najis
  • Pembersihan Logi
  • Pembinaan

Statistics

1962
Traffic
136
Working Hours
2350
Users
985
Notifications