Hj Mat Hj Jantan Sdn. Bhd, merupakan syarikat yang menjalankan kerja-kerja sedutan najis tangki septik perumahan, permis-premis perniagaan, dan loji rawatan kumbahan persendirian mahupun awam. Meskipun segelintir masyarakat mempunyai persepsi jelik terhadap kerja ini, namun kerja yang mulia ini dapat menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi penduduk negara ini dan memeliharaalam sekitar daripada berlakunya pencemaran yang tidak diingini.
Tangki septik perumahan perlu dikosongkan sekurang-kurangnya 2 tahun sekalibagi mengelakkan limpahan najis ke dalam saliran air dan menghindar daripada tangki tersumbat. Selain itu, loji rawatan kumbahan yang mempunyai nisbah enapcemar yang tinggi yang dikenalpasti, melalui ujian “Sludge Volume Index (SVI) perlu melaksanakan kerja-kerja sedutan agar beroperasi dengan sempurna dan menepati piawaian kualiti air yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
Pihak kami menawarkan perkhidmatan sedutan najis dengan harga yang sangat berpatutan dan kami sedia membantu anda untuk menyelesaikan masalah dengan sebaik mungkin. Sila hubungi kami dengfan segera untuk membuat tempahan sedutan najis dan kami akan memberikan layanan yang mesra dan terbaik agar anda sentiasa berpuas hati dengan perkhidmatan yang kami tawarkan.