Hello our valued visitor, We present you the best web solutions and high quality graphic designs with a lot of features. just login to your account and enjoy ...

Water Jetter

Saluran paip kumbahan/ tangki yang tidak diselenggara dengan baik boleh mengakibatkan ia tersumbat dan mendorong persekitaran yang tidak selesa kepada pengguna. Saluran yang tersumbat menyebabkan tandas tidak dapat digunakan kerana tidak dapat dialirkan ke dalam tangki septik atau loji rawatan kumbahan.

Faktor-faktor penyebab berlakunya masalah ini adalah disebabkan pembuangan sampah sarap ke dalam lubang tandas, pelepsan sisa gris dan minyak yang tidak terkawal, dan saiz dalaman paip pembentung yang semakin mengecil akibat daripada pengerasan atau pengumpulan minyak atau lemak daripada sisa buangan dapur.

Oleh yang demikian, pihak kami menawarkan perkhidmatan membaiki paip tersumbat / lurang dengan menggunakan mesin khas yang dinamakan sebagai ‘Water Jetter’. Mesin ini menggunakan pancuran air bertekanan tinggi sehingga 2500 psi yang dapat menembusi bahagian yang tersumbat sekaligus mencuci dinding dalaman paip daripada sisa-sisa yang mengeras. Hos air yang digunakan adalah ditempah khas untuk menampung tekanan yang tinggi dan nozel diperbuat daripada logam aloi dapat menghentam dan memecahkan bahagian yang tersumbat dengan berkesan. Setelah kerja-kerja membaiki selesai, air kumbahan yang bertakung dapat dialirkan ke dalam tangki septik/ loji rawqatan kumbahandan tandas boleh digunakan seperti biasa.

Jika anda mengalami situasi tandas yang tersumbat, sila hubungi kami dengan segera dan kami bersedia untuk menyelesaikan masalah anda secepat mungkin.

Aktiviti

Water Jetter
Water Jetter
Water Jetter
Water Jetter
Water Jetter
Water Jetter
Water Jetter
Water Jetter
Water Jetter